|
|
|
||||||||||||||||||||||||
![]() |
![]() |
|
|
||||||||||||||||||||||
|
|
Versi Indonesia
English version Pengunjung Online : 61
Anda pengunjung ke 697.546 Sejak 12 Rabi'ul Awal 1429 ( 20 Maret 2008 ) |
Khamis, 30 Ramadhan 1431 (Kamis, 9 September 2010)
7 Mei 2008 10:15 Raja Azlan Raja Abass (Selangor - Malaysia)
Salam Perkenalan saya kepada Kumpulan www.rajaalihaji.com, mudah-mudahan ianya akan berpanjangan bagi memastikan semua sejarah biografi cendikiawan-cendikiawan dan pejuang-pejuang Melayu mendapat tempatnya di Tanah Melayu. Mudah-mudahan niat dan hasrat kita mengembalikan sejarah Melayu berada dihati semua orang-orang Melayu dimasa hadapan. Ianya adalah suata perjuangan yang perlu dilakukan bagi mendaulatkan bangsa Melayu. Sekiranya semua orang Melayu dapat mengamalkan prinsip Gurindam 12 alhamdulillah..... kerana ianya adalah suatu wasiat yg tidak ternilai harganya, itulah permata peninggalan almarhum Raja Ali Haji terhadap semua masyarakat Melayu. Ianya harus diketengahkan sehingga ke Tanah Melayu. Saya amat berbesar hati dengan gembira atas kemunculan website RAH. Inshaallah Saya juga amat bershukur diatas kelahiran saya dimana ahli keluarga saya juga berasal dari Riau. Saya amat sedih apabila perkembangan sejarah di tanah Melayu sendiri tidak diberikan tempat yang secukupnya dan juga banyak fakta sejarah Tanah Melayu telah diputarbelitkan oleh pemimpin politik masa kini. Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menurut sejarah Menurut cerita asal, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah didraftkan dan dibincangkan di Johor Riau terlebih dahulu oleh Sultan Abu Bakar dan Sultan-sultan Melayu di Riau. Bagi memastikan Institusi Raja-Raja Melayu terpelihara di Tanah Melayu dimasa akan datang. Kebiadaban Pemimpin Politik masa kini telah melampaui batasannya terhadap institusi Raja, disini saje kita boleh melihat dimana 5 Prinsip Sumpah sebagai anak Melayu telah hilang dihati orang Melayu masa kini. Jika di Indonesia Sumpah Pemuda adalah suatu yang amat penting. Alhamdulilllah senario yang melanda di Malaysia telah memulakan kebangkitan dan kesedaran orang Melayu betapa pentingnya Insitusi Raja-raja. Gabungan Pertubuhan Melayu telah mula memutik apabial senario politik Bagi Kami Yayasan Dunia Melayu, matlamat dan perjuangan kami adalah untuk memastikan Sejarah Raja-Raja Melayu yang sebenar dikeluarkan kembali bagi menyambung kesinambungan perjuangan Raja Ali Haji. Agar inya menjadi satu lagenda di tanah Melayu. Bagi saya Nenda Raja Ali Haji mempunyai suatu pemikiran yang amat berharga dan perlu dicontohi oleh semua anak-anak bangsa Melayu. Semangat dan perjuangan Raja Hadji Fisabilillah adalah contoh sebenar jatidiri perjuangan anak bangsa Melayu. Saya bershukur keatas kurnia Allah Swt keatas diri saya dimana saya dilahirkan dari darah keturunan Raja Hadji Fisabilillah dimana kami dipisahkan oleh semua saudara kami dari Riau suata masa dahulu. Saya mengharapkan agar dengan titik permulaan ini ianya akan menjadi suatu kesinambungan bagi mengembalikan sejarah Bangsa Melayu. Saya ingin membuat kajian tentang RAH untuk disebarkan kegemilangannya di Negeri Selangor, dimana orang Melayu di Malaysia sudah hilang identiti sejarah kepahlawanan orang Melayu terdahulu. Sila hubungi saya sekiranya ingin membuat sesuatu program di Malaysia.
Sekian, wasalam dari saya, semoga Allah memberkati segala niat suci dari Hj Azlan Bin Abass 41A, Jalan Snuker 13/28
Dibaca 1.020 kali |
|
||||||||||||||||||||||
![]() |
|||||||||||||||||||||||||